Selasa, 30 Julai 2019

Salji

Wajah Izz yang penuh kekeliruan menoleh keluar bilik DPrairie. Belakang tudung putihnya yang separas pinggang beralun sevaik dia menoleh membuat gerakan pantas memandang cermin gelap bertinted bilik itu.

"Izz, salji dah start turun. Ehe." Suara Han yang berdiri di sebelahnya berbunyi datar. Masing masing penat. Baru habis kelas addmath. Slot untuk pelajar final year.

"Han,  jom gerak?" Izz mengangkat barang. Nak ke surau terus. Salji dah mula turun, bermakna waktu solat akan menjadi makin singkat.

"Kau gerak dengan Ja'jay jelah. Aku ada barang tertinggal," Han balas dengan senyuman segaris. Salji ini.. Dia mahu menikmatinya dahulu. Tak banyak bicara, Izz senyum dan bergerak keluar daripada bilik tersebut.

Barang yang bertaburan di atas meja dikemas rapi masuk ke dalam beg. Engineering mode yang terpapar di calculator Casio bewarna putih ditekan hingga  skrin tidak memancarkan sebarang tulisan. Hampir separuh dewan kuliah DPrairie telah kosong. Tinggal beberapa orang pelajar lagi sahaja yang tak habis habis tanya soalan kepada lecturer. Walaupun hampir kosong, tetapi dewan tersebut masih lagi bingit dengan suara manusia-manusia yang tak habis habis buat soalan dengan syoknya. Entah apalah yang seronok sangat buat soalan tak dapat jawapan.

Kaki bersarung sneaker Converse bewarna hitamnya melangkah perlahan ke pintu belakang dewan kuliah. Beg yang berisi dua buah buku additional mathematics Advance setebal tiga inci tak terasa berat di bahu. Benar-benar tidak sabar untuk ke luar merasa salji.

Hari bersalji. Ehe.

Semuanya berlaku pada harini. Hari yang kelam dunia bersama sepi telah membungkam Sang Pujangga menjadi mannequin beku yang melihat sahaja segalanya depan mata.
.
.
.
.
.
Percayalah yang aku memang nak sambung tapi sekarang kena berlari bersiap untuk malam ni. Kbai.

Teruskan BacaanSalji

Isnin, 1 Julai 2019