To My Pretty Ajinot,
wherever you are, I hope you are always under Allah's protection. Akak minta maaf akak tak ambil terus ajin masuk rumah malam ajin dah balik haritu. Tak ada penyesalan lagi besar dalam hidup akak. Semoga ajin jumpa orang baik baik yang boleh jaga ajin dengan baik, yang tak kurung ajin sebab ajin tak suka sangkar, dan bagi ajin tidur sama sama sebab ajin manja suka tidur atas tangan orang.
Seminggu sebelum tu ajin merajuk dengan akak sebab kurung ajin dalam sangkar 2 jam lepas cakar mata akak masa solat. Akak minta maaf sangat buat buat tak denagr ajin menangis dalam sangkar. Hari hari kemudian, untuk pertama kalinya Ajin tak mahu tidur atas katil kat atas tangan akak. Ajin tidur atas almari, bawah katil, hujung katil, tapi tak mari pun kat akak bila akak tepuk duduk sebelah akak.
Siapa sangka petangtu kali terakhir ajin dapat tidur atas katil akak, kan? Petang tu, Ajin pergi makan rumput. Malam tu, ajin balik. Akak nampak. Akak excited awak dah balik. Tapi akak panggil, awak tak sahut. Akak ingat nanti awak datang lagi sekejap lepas sambung makan rumput. Tapi, tak. Akak dengar awak panjat bumbung, senyum sajalah akak sebab dengar awak memanjat. Haha.
Dua jam berlalu, tiba waktu tidur, akak panggil ajin lagi. Tapi akak tak dnegar sahutan. Akak dah rasa tak sedap hati. Dan ini, waktu tercatatnya dalam sejarah kekesalan paling besar dalam hidup akak. Akak rasa bersalah. Kalaulah, Kalau lah... Macam orang tak ada iman.
Semalam cukup 5 hari awak hilang. Akak dapat email tawaran ke Saudi untuk peringkat akhir. Tapi akak sedih sangat awak hilang sampai tak boleh fokus dengan hidup. Ini petanda daripada Tuhankah untuk tak terlalu sayangi dunia? Supaya pengorbanan lebih mudah dilakukan?Akak tengah belajar reda dan tawakal kepada Allah sungguh sungguh. Doakan akak menang ujian ni, ya? Akak tak tahu apa ganjarannya nanti. Tapi akak harap sangat supaya ganjarannya ialah bersatu dengan ajin semula.
Terima kasih sayangi akak juga, Ajin. Terima kasih ada dengan akak dalam malam-malam sunyi yang dihuni tangis akak sahaja. Terima kasih, ajin, untuk selalu ada dengan akak. Ajin ialah kucing paling cerdik akak pernah ada, paling manja, paling setia. Akak berdoa semoga Ajin sentiasa dilindungi Allah daripada segala marabahaya dan semoga ditunjukkan jalan untuk kembali dalam keadaan selamat dan sihat.
Sayang Ajinot, semoga awak dapat pulang ke rumah ini dengan selamat atas izin Allah, ya.
Sayang Ajin sentiasa <3

