Isnin, 25 Mei 2020

Happy Eid Fitri 1441h!

Yoo ssup gaes!
Bismillahirahmanirrahim.

Pada kesempatan ini, saya, Fikry Ray.. Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim yang sedang membaca sekarang dan memohon kemaafan dari sejak pertama kali saya bertapak di dalam Internet baik yang kenali saya atau tak. Uhuk uhuk.

Untuk hampir 3 tahun yanh telah berlalu sejak saya bertapak di internet, saya pasti banyak salah silap saya. Termarah orang sengaja dan tak sengaja. Terbagi fake hope kat sesiapa (rasanya ni paling banyak kali😭), tercerita aib, termaki atau terkurang ajar masa jawab soalan, saya berjanji saya tak akan ulangi silap saya yang telah berlalu🙇🏻. Sekarang kita buka buku baru, boleh tak? Saya dah betul-bwtul menyesal uhuk uhuk.

Terima kasih untuk yang setia menyokong saya, yang banyak memberi teguran, dan tak lupa kepada para cctv yang suka memberi semangat kepada saya dalam kejauhan🌹.

Ada dua orang yang saya nak sebut iaitu Wafi dan Rihana. Rihana ni pun pembaca rahsia daripada dulu. Wafi tak rahsia. Tapi untuk apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka berdua sebab mereka ni antara yang kenali saya dari awal sebelum menjadi seorang Fikry yang sekarang👉🏻👈🏻.

Saya mendoakan yang terbaik dunia akhirat buat semua. 

Dan untuk cctv rahsia yang berada jauh di perantauan juga, terima kasih sebab percayakan saya semasa saya dalam keraguan. Terima kasih kerana salurkan keyakinan kepada saya. Moga Allah terima doa kita. Dan Fik minta maaf kerana tak dapat jadi yang terbaik.

Kepada semua yang sedang membaca posting ini, Fik doakan kita semua ikhlas dan istiqamah dalam beramal ibadah. Semoga Allah bangkitkan kita dalam keadaan yang mulia dan bersama rahmatnya. Allahumma āmīn. Allah bless you and your families ✨
Teruskan BacaanHappy Eid Fitri 1441h!