'Setiap amal perbuatan itu disertai niat."
Teruskan BacaanDay 87 of surviving.
Hadits ni panjang lagi. Tapi aku tulis, cukuplah untuk buat muhasabah diri.
Aku tak nafikan yang aku ada tulis beberapa entries yang kontroversial. Tapi, sebenarnya niat aku tulis posting tu ialah untuk kuatkan diri sendiri. Ingatan pada diri, bahawa kena terima seadanya keluarga kita sebab kita tak boleh ubah benda tu.
Blinkers yang sempat baca cerita-cerita aku dulu, tahulah kut.
Think about it again, orang yang baca pun ikut niat gak. Aku pernah tulis posting facebook pasal niat ni.
Fasal buku,
"Bolehkah bercouple?" Karangan seorang ustaz berautoriti dan diterbitkan di bawah rumah penerbitan Telaga Biru. Ada orang yang baca dengan niat untuk menimba ilmu, untuk tahu hukum yang sebenar dan sebarkan pada masyarakat.
On the other hand, ada yang baca untuk menghalalkan perbuatannya yang salah; couple.
Semua amal bergantung dengan niat.
Niat aku menulis, sebagai ingatan pada diri.
Niat engkau membaca, aku tak ketahui.
Ada yang baca untuk belajar dari kesilapan orang lain. Ada yang baca untuk cari kecacatan orang lain.
Dan aku bersyukur sebab orang yang aku tujukan tu, akhirnya dia baca apa yang aku tulis dan ambil pengajaran. Wuv you, Fath ❣. Tapi tulah, ada juga yang baca, salah faham, lepastu aku kena marah. Sksksk. Biarlah.
Aku dengan Fath ni kawan sejak 2017. Banyak betul masalah keluarga ni. Tapi, masa aku bagi dia hadiah buku yang aku da terlibat dalam menulis, dia cakap,
"Fath baca buku yang Fik tulis. Menangis Fath baca. Rasa macam, Ya Allah, teruknya aku sebagai anak."
T_T
Aku pula yang terasa. Like, masalah aku tak sebesar masalah dia. Tapi dia masih sayang mak dia (despite everything that has happened), sampai menangis lepas baca cerita tu. Uhuk.
Tak ada doa yang lebih baik aku dapat berikan melainkan moga Allah berikan taufik dan hidayah kepada Fath sekeluarga. Moga Allah izinkan kita untuk bertemu. Moga Allah izinkan Fath jumpa dengan seseorang yang ikhlas dan dapat guide Fath sebaiknya.
Allahumma āmīn