Selasa, 26 Mei 2020

Penantian

Tiada kata cinta untuk hari ini dan pada masa mendatang,
Angin malam telah membawa pergi setiap rasa dan kata,
Hingga yang tinggal hanya aku—
Tanpa walau sekeping hati.

Kerana hakikat dunia ini,
Tiada yang kekal,
Termasuklah sebuah penantian.

0323 | 052620
Antara Dua Lautan.
Teruskan BacaanPenantian

Hilang

Aku dah tak ada perasaan.

Tak punya rasa dan kehilangan kata,
Setiap bait yang pernah tersusun akhirnya hilang kini;
Ketika aku mula ingin berdiri sendiri.

Tiada kata cinta lagi yang mampu aku ungkap,
Untuk kini;
Mahupun nanti.

0315 | 052620
Mencari kata.
Teruskan BacaanHilang