Rabu, 3 Jun 2020

Manusia Bongkak

Biar pungguk ini terus rindukan bulan.

Manusia tak sempurna, 
apatah lagi enggang dan pipit.

Berkurun lagi pun mustahil untuk sempurna.

Lena Terus lena, 
Diulit api kesedihan, 
Panas membakar, 
Sejuk mematikan.

Heh.

Padanlah dahulu aku mengundur diri, 
Daripada dahulu manusia bongkak belum berhenti rupanya.

Terus membongkak.

Haih, 
Biarlah aku gerak solo.

Tahu tak sempurna, 
Bukan dambaan pun.

Andai futur, 
Biarlah bangkit sendiri, 
Tiada tanda ada yang mahu bantu.

Jangan hampir!

Kelak kau letih, 
Lihat kau sekarang pun aku letih.
Gerak jauh shuh.

270619
Negeri Mahkota
----
Aku cuma ingat aku tulis ni sebab insecure rasanya tahun lepas. Yang lain-lain, aku pun macam clueless sikit apa maksud perkataan yang aku tulis. Haha. Cuma yang aku pasti, aku memang dulu addressed myself as Putera Pungguk. Tapi tu cerita lama sebab aku dah berhenti menunggu bulan, maka aku dah jadi Putera biasa yang dah hilang sumpahan✌๐Ÿป๐Ÿ˜Œ
Teruskan BacaanManusia Bongkak

Pencinta Dunia

Semoga matinya roh pujangga malam sepi, 
Kembali membangkit jiwa pejuang agama.

Yang berjuang dengan kata-kata,
Yang tak kenal erti cinta dunia,
Yang sentiasa bimbang akan keredaan Dia yang Esa.

Kerana pencinta dunia itu, 
tidak akan bersama jiwa yang cinta akan Pencipta.

Ya Rabb, ambillah aku sebelum sempat aku mencintai dunia.

0651 | 030620
Kamar kelabu.
Teruskan BacaanPencinta Dunia

:)

Datang tak dinanti,
Hilang tak dicari.

Tak sedikit aku ambil hati,
Andai yang disebut tak punya hati.

Masakan tak sedikit aku kira,
Andai bukan kerana kau sang pujangga,
Telah menitip setiap kata,
Mengikat menjadi sebuah cerita.

Yang akhirnya,
Dikerat sang panglipu lara.
Teruskan Bacaan:)