Ahad, 19 Februari 2023

Kudus

Kudus (inspirasi lagu Clean)

Terik mentari membunuh hidup-hidup

Janji dan nyawa kita semai bersama

Mencari cari sumber penerus hidup

Yang telah kau bawa pergi jauh.

 

Langkah engkau telah hilang,

Namun bayang kau masih menari lincah dalam ruangan in

Dia jembalang yang tiada

Mahu meninggalkan tuan.

 

Kepulan gelap tebal berarak pantas daripada timur

Perlahan rintik hujan masa lampau aku biar membasahi seluruhnya

Hujan dalam kemarau rindu.

Ini pasti anugerah tuhan.

 

Tanpa sedar hujan banganti banjir

Dan aku lemas dalam limpahan anugerah tuhan

Jembalang yang asyik dalam tarian perlahan pergi dibawa banjir

Meninggalkan aku lemas sendiri.

 

Tiada yang memandang sipi walau dalam teriak agresif

Kini aku sendiri lencun lemas berdiri

Lemas menolak aku berdiri,

Kemarau menarik aku rebah.

 

Banjir yang surut membawa deras pergi masa lalu,

Meninggalkan aku yang telah kudus

Ruang sepi dan aman

Yang pernah bingit dengan tangis sendiri.


2331 // 19022023

Izella

 

 

 

Teruskan BacaanKudus