Ahad, 15 November 2020

Buat dia pembaca rahsia

Bismillahirahmanirrahim..

Em.. Aku tak tahu kenapa dari pagi tadi terdetik nak tulis untuk kau. Nak tulis dalam channel, tapi malu lak ramai orang baca. Eh eh🌝

Untuk kau yang di sana, yang menjadi harapan keluarga, yang meredah benua, yang mempersiapkan diri untuk berkhidmat untuk agama, yang-- membuat aku berasa selamat untuk menerus bicara, dan masih gagah untuk berjalan di atas muka bumi ini.

Aku tak tahu sejauh mana kau dah kenali aku. Tapi setakat yang aku tahu, banyak yang kau tahu betapa kuatnya aku.

Sedang aku juga tak begitu kenali kamu. Kecewa sikit. Tapi sungguh aku berusaha untuk kenali kau andai diberi peluang, hmm?

Ok, dah. Main content!

Kau! Ye, kaulah. Siapa lagi.
Elok-elok study kat sana, tau? Kalau harini gagal, kita masih ada esok untuk perbaiki silap kita. Tak apa, jangan risau sangat dengan perkara yang dah berlalu, okay?

Dia macam gini, tau. Ada benda.. Yang memang di luar kawalan kita. Tapi, kau ingat tak.. Kita kan ada Allah! Yang Maha Memberi, Yang Maha Mengampunkan, Yang Maha berkehendak atas sesuatu.

Sebenarnya kan.. Aku tak tahu apa yang exactly you feel right now 👉🏻👈🏻.
But reading what you had written.. Em..

Kau dah pergi jauh dah ni. Walaupun pilihan kau sekarang bukan pilihan yang keluarga kau mahukan, aku betul-betul harap kau dapat bertahan lagi. Kan ke kau minat pilihan ni? Sikit je lagi. Kita sama-sama kuat, tau? Kalau nak tangan, aku boleh hulur. Tapi bangun sendiri lah sebab tangan tak berlapik. Hshdndjsh. 

Ok, Fik nak seriuslah ni.

Em.. Tak banyak aku boleh cakap melainkan apa yang aku tulis ni je. Sebab nak approach direct aku segan, (JshjShsjsv) aku harap kau bacalah ni.

Setiap hari, merupakan hari kita yang baru. Kalau gagal semalam, kita usaha sama-sama untuk perbaiki diri pada setiap detik yang mendatang, tau? Sebab setiap saat kita hidup ini, merupakan saat yang baru dan tak akan berulang lagi. Sedangkan ikan di sungai itupun, air yang mengalir bukanlah air yang sama. Sebab tu segar belaka. Tiba-tiba teringat ikan Patin. Temerloh. Dapnye ikan patin masak gulai tempoyak🤤.

Kalau penat, rehatlah. Mengadu dekat orang yang kau percaya — contohnya aku. Eh. Hshshhs.
Beban yang tak tertanggung dan tak mampu difahami manusia lainnya, mengadulah pada Dia. 

Kenapa aku asyik risau eh dengan kesihatan kau di sana? Entahlah. Banyak sangat berita yang cerita fasal pandemik Covid19 ni di serata dunia. Semoga Allah jaga dan semoga kau jaga diri. Jangan mengada-ngada nak jalan-jalan keluar tanpa kepentingan masa lockdown ni. Faham tak?😤

Ouh last.
Saya dah dapat jadual exam 🤪
Haritu risau sebab exam. Lepastu tengok jadual exam, tak tahulah nak kurang risau ke nak bertambah risau.

Kurang risau sebab dah nampak apa subjek apa hari apa. Tambah risau sebab tengok gap--

Em.. Apa-apa pun, fi amanillah, fi hifzillah.
Doa aku ada dengan kau. In sya Allah
Teruskan BacaanBuat dia pembaca rahsia