Penyampai: ust. Adam Iman
Makna syahadah
-Tujuan pelajari rukun, makna la ilaha illallah-selamat di dunia dan akhirat. Tanpa memahami syarat, hindar larangan, faham maksud syahadah tak tenang hidup.
-"aku (rasulullah) tak diutuskan untuk merobek jiwa manusia"- cek beriman ke tak.
-belajar bukan sekadar untuk lepas cakap sahaja. Tapi untuk memahami dan hayati syahadah. Sekadar cakap, orang munafik juga boleh luahkan syahadah.
La ilaha illallah bukan sekadar bicara.
-semakin tinggi darjat islam, semakin tinggi ketenangan daripada Allah.
-neraka itu ada 7 tingkat. Orang munafik di tingkat ke tujuh, paling dalam. (Hawiyah)
-7 syarat syahadah.
1. Ilmu
-berilmu dengan kalimah lā ilaha illallah. Wajib mengetahui maknanya.
"Ketahuilah dengan sebenar-benar pengetahuan. Dengan ilmu yang bukan sangkaan. "
-atheism hanya tipu diri sendiri. Mereka sedar dengan fitrah akui pencipta.
2. Yakin
-Yakin kukuh jiwa, tanpa keraguan. jangan ada syak wasangka semasa melafazkannya.
-jika ragu sikit, maka rantingnya jatuh. Jika ragu banyak, maka terbatal syahadahnya
-dalil surah hujurat: orang yang benar beriman, iaitu orang yang beriman pada Allah dan beriman pada Rasulullah.
Yang nyatakan keimanan, dan yakin sepenuhjiwa. kayu ukur keyakinan Rela mengorbankan segala nya(jiwa dan harta) untuk sesuatu yang kita yakini.
Sedalam mana ketakutan, sedalam itulah ketidakyakinan.
3. Ikhlas.
-maksud: bersih, tulus.
-istilah: susu yang bersih daripada ampai-ampaian
-bersih daripada noda kesyirikan. (At-tawheed)
-surah al-ikhlas hanya berkaitan kesucian tauhid.
Nama lain kalimah la ilaha illallah; kalimah ikhlas.
-surah al-bayyinah, "tidaklah mereka disuruh menyembah Allah kecuali mereka memurnikan diri dengan penuh keikhlasan kepada Allah. "
- Iblis tak dapat kacau orang yang Allah pilih untuk menjadi muwahidun
Syarat taubat:
1. penyesalan dalam hati. Takut dengan azab Allah
2. Penyesalan kalimat, istighfar. Mengakui
3. Keazaman untuk tidak mengulanginya,
Syirik dalam cinta
-cinta pada Allah, menatijahkan ketaatan. Bila lebih cinta daripada kita cinta pada Allah; bila dijadikan tujuan, bila taat padanya lebih daripada taatnya kepada Allah etc.
Makna tawakal
-berserah diri pada Allah dengan erti kata yakin dengan ketentuan Allah dan janji janji Allah.
-Nabi musa minta teman yang lebih fasih; Nabi Harun.
Dakwah tauhid.
-dakwah dilakukan dengan kebijaksanaan.
-pesanan yang meraikan naluri fitrah, kelogikan akal.
-tribulasi dan mehnah normal.