Yesterday, 22 May 2019.
Hari terakhir aku tasmik dengan ustazah.
Hari pertama aku give up menghafaz.
Hari pertama aku berhenti ambil hafazan baru.
Hari pertama aku betul-betul hilang jiwa.
Hari pertama aku rasa nak fokus exam terdekat masa tu je.
Orang lama pernahlah tahu yang aku tak menghafaz secara formal. Maksudnya hafaz sendiri-sendiri dan jumpa ustazah untuk tasmik. Dan yang pernah baca kes aku bergaduh dengan kumpulan islamis, semalam, setahun yang lepas ialah hari yang lebih teruk dari itu.
Jujurnya aku tak dapat encouragement dari orang terdekat. My blood line.. Lama jugalah. Dalam 7 tahun cari kekuatan sendiri. Start sendiri. Dan usaha tu mati..
Mati sebab perasaan sendiri. Kahkah.
Jangan terlalu mencinta orang; sahabat, keluarga, orang terdekat, kekasih hati.
Sebab akhirnya itu yang akan menyakitkan kita sendiri.
Bersederhanalah dalam segala-galanya. Allah tak suka orang melampaui batas.
Kelak rasa kasih akan menyentap engkau dari buai mimpi indah dunia. Kasih yang mencandu, akan membuat kau hilang ingatan hari ini dah semalam. Menguat jiwa tanpa kau sedari. Tapi sayang,,
Kelak semua akan gelap ketika kau kehilangan kasih itu. Kerana aromanya, auranya, masih tertinggal dalam dakapan kau. Andai tiada kemaafan kepada diri kau atas kehilangan ia.
Berhentilah menyayangi berlebihan.
Sayangi diri kau terlebih dahulu.
Ucaplah pada aku,
Kasih kerana Allah konon. Segalanya akan meninggalkan kau pada akhirnya kerana yang hanya kekal itu, Dia — Yang Maha Berdiri Sendiri. Sandarkan cinta pada Dia sepenuh hati..
Kelak cinta kerana Allah akan meninggalkan kau juga namun..
Cinta akan Allah itu akan kekal.
Kerana tak sedikit pun Dia meninggalkan walau berbatu kau tinggalkan Dia.
Ingat pesan aku.