Sabtu, 7 Mac 2020

31 January, 2020

Bilik tu gelap, kosong, panas.

Heh, kalau dah keseorangan tu.. Andai hadir pun pendingin hawa dan lampu menerangi, masih terasa kosongnya dan tiada harga sebuah masa.

Han tak suka perasaan ni. Segalanya buat dia imbau lagi rasa sepi dan terabai. Apa yang paling sakit ialah ketika segalanya ada, tetapi kita tak mampu untuk miliki. 

'Aku nak pergi klinik esok. By hook or by crook.' Getus hati budak perempuan itu. Ya, dia baru menjejak umur 18 siang tadi. Tapi itulah, kerana dia memilih untuk duduk dengan ayah seminggu untuk jumpa kawan, dia terlepas lagi peluang untuk celebrate hari lahirnya dengan mak. Hiks, macamlah tak biasa. Dah 3 tahun tak celebrate sekali sebab aku tak peting pun. Aku kan dah dewasa, tak perlu perhatian. Tak perlu diperiksa selalu.

Segalanya untuk wawa selama ini. Segalanya. Walapun wawa jauh, dan aku hampir pada zahirnya.. Hakikatnya aku lah paling jauh, biar di sini berdiri sendiri. Dari kecil macam ni. 

12 tahun aku dipesan ah'an,
"Kau tak payah lah cerita pasal orang kat rumah ni. Aku dulu tak pernah cerita kat mak pasal orang lain. Kalau aku kena buli, aku cuma bagi tau 'mak, owang kena buli'. Kau tak payah cerita kat sesiapa lain kali pasal orang lain. Mengumpat tu berdosa, tahu tak?!"
Malam yang sama aku dapat penampar seorang lelaki sebenarnya. Haha.

"Bal, aku nak gi kk kl esok. Teman."
"Okay, nanti aku bawa gi sana."

Sebenarnya dah 2 hari merajuk sebelum tu sebab dia refuse untuk keluar sekali. Dia tak sihat, patutnya aku faham. Jarang aku tak faham orang sakit ni. Sksksk. Tapi bila diteman sepi setiap kali ayah keluar kerja, aku tak boleh tahan emosi. Segala yang aku tempuh muncul dan aku tumpas dengan masa silam serta emosi.

Esoknya pergi kk KL.
Bilik pertama aku masuk, ambil blood pressure dan borang.
Isi borang, masuk jumpa doktor pertama. 
"Awak ada apa apa tak masa kecil dulu? Kena dera? Kena rogol ke?"
Satu jawapan,
"Tak."
"Ada suicidal thought? Pernah calar kan tangan?
Satu jawapan,
"pernah."
Aku buka cerita sikit. Buat apa banyak-banyak? 
Doktor perempuan tu selak lengan baju aku. Tanya pasal parut yang ada kat pelipat siku. Parut tu, memang dalam..
Sama dalam dengan parut masa jatuh sinki dulu. Hahaha. Tapi masa jatuh sinki tu, banyak kena jahit.
"Ini parut kena cakar kucing, doktor"
Seriuslah, pelajar sains mana yang tak tahu kedudukan paling hampir untuk menamatkan nyawa? Sekurangnya orang tu bukan aku walaupun tak pandai bio. Sksksk.

Aku buka cerita, ye. Setiap kali overwhelming, aku perlu baring dan genggam tilam seeratnya. Setiap kali aku pejam mata, bayangan untuk aku gantung diri dan putuskan nadi leher paling jelas.

"Awak nak masuk ward tak?"
"Tak nak"
"Kalau macam tu, saya buatkan appointment pakar untuk awak. Nanti ambil surat tu kat atas."
Jam 1 petang. Aku keluar dari bilik doktor tepat waktu rehat. Buntu, sumpah. Aku keluar dengan minda sarat dan hati berat. 

Untuk segalanya yang berlaku pada hari ini, aku tak boleh beritahu seorang ahli keluarga pun. Keluar tu, bincang dengan Bal. Rancang macam mana nak lari dari appointment. Kahkah. Nak mati ke kalau ayah dengan mak tahu pasal appointment ni? Dah lah tak bagi tahu pun nak pergi klinik. Tak bagitau pun nak jalan luar dari kawasan hq. Hshshs. Tapi ayah pergi putra harini. Jadi sungguh tak tahu lah unless terserempak dengan orang hq (aku terserempak dengan mereka sebenarnya. Masa nak naik lrt. Nasib baik ayah tak ada).

18/3. Itu tarikhnya.
Naik atas, untuk ambil appointment. Adalah dalam 20 minit tunggu ambil surat, baru datang seorang perempuan. Dia bawa buku.
 Mula berbasa-basi untuk mengelak janji temu, keluarlah semua alasan. Saya duduk jauh, kos pereubatan, name it. Semua aku guna.
"Kalau macam tu kita pass kes ni ke hosp. Besar ******" officer tu pandang perempuan tadi.

Cuak, guys. 
"Sebenarnya saya tak nak pergi appointment". Muka mainkan peranan ye, anak-anak. Tapi aku tak lukis reaksi muka sebab muka ni dah dicipta serius secara semulajadinya. You can always count on me to be honest.

"Kalau tak nak pergi appointment, tu dah lain cerita lah"
Perempuan tu pandang officer, aku pandang telefon bimbit. Ouh, bal ws. Dia nak tinggalkan aku sensorang seba nak pergi surau. Sedialah aku nak merajuk lagi dua hari.

Perempuan tu bangun, entah mana dia mahu pergi. Tapi 2 minit kemudian, dia datang semula dan bawa aku masuk ke bilik dia. Tangannya yang lagi satu memegang brochure.

Dan semua cerita aku tulis lagi di sini. Heh.
"Kita tanya pasal family background sikit ya."
Aku angguk. Dia tanya semuanya. Paling rapat dengan siapa?
'Adik lelaki, 16 tahun.'
Shet, tulis ni pun rasa nak sedih sebab rindu dia. Haha. Padahal ada je tu baru balik dari asrama.

"Mak awak kerja apa?"
'Kaunselor'
"Ouh? Mak awak kaunselor?" 
Shet. I hate this reaction. Doktor ni kelakarlah, cuba sorok sikit terkejut tu. Pakai spek pun doktor ni, bingkai cermin masih tak boleh sorok kening dia terangkat tu. Mungkin aku yang terlalu teliti. Haha.

Aku senyum, tak mampu nak cakap apa. Dah bosan dengan reaction yang aku dah nampak lebih 100 kali tu.
Selain berlaki jujur, aku juga handal sorok emosi untuk orang lain. Haha.

Tak lama lepastu, brochure tadi dia angkat dan letak di atas meja.
Satu demi satu dia terangkan cara untuk bertenang.

Penafasan, relaksasi.. Hampir semuanya. Dia tak ajar cara jadi positif. Mungkin tengah sibuk. Tadi aku sempat curi pandang namanya. Sedikit plot twist, rupanya dia lah therapist yang aku patut jumpa 18 march itu. Haha.

Sebaik aku melangkah keluar dari bilik doktor, aku nampak bal tengah otp. Dia tak tinggalkan aku rupanya. Nasib baik.

Pergi surau, foundation dan lip tint yang aku calit ke muka pagi tadi aku bersihkan guna minyak zaitun dan tisu. Tak tebal pun. Sekadar menutup muka aku yang pucat sebab tak boleh tidur malam tadi. Penat juga sebenarnya dah seminggu tak tidur ni. Sebenarnya jumpa doktor tadi, sikit lagi dah nak kantoi tidur pukul 4 macam tu. Tapi fik bijak. Fik tak tipu. Cuma ubah topik je sampai doktor tak tanya pasal tidur jam berapa.

Masa sapu muka tu, air mata mengalir jugalah sebab menyesal datang. Takut mak kecewa. Takut jadi lagi. Takut ada rekod. Segala-galanya.
Aku bukan tak perasan, jemaah kat sebelah ni duk kerling kerling aku tengah menangis sebelum solat tu. Sorok sikit lah kalau curious pun. *tepuk dahi.

Keluar dari kk, dah jam 3 petang. Yeah, celebrate dengan bal blelated birthday. Love her forever, wallah.❣

Tapi tak sempat jalan jauh sebab ayah balik dari putra jam 6.

The best part of going there is I've decided to stay positive. To keep myself positive. To pretend to be positive until I forgot how sad feels like.

The surviving notes would be the notes that prove that I'm tryna be grateful everyday. How to be positive and what to be proud of. Instead of writing what I've lost.

A month has changed everything. I mean, a huge change and I love myself today.
Evrything I've written in the channel, has shown its function. Has kept my mind to be positive.

Thank Allah for all this gift and experiences.

I won't take everything for granted. ❣
Teruskan Bacaan31 January, 2020