Ahad, 23 Mei 2021

Reviu buku: Sepasang Sayap di Bahu Muzaf Ahmad

 Dah lama tak menulis dalam ni, hiatus beberapa ketika untuk dapatkan semula rentak menulis secara solo dan waras. Hahahaha.


Rasanya ini kali pertama aku buat reviu buku yang aku baca sebab baru insaf rasa nak tulis semula mengenai buku yang aku baca lepas ditegur seseorang kat ask. Hshshshs.


OK, kat mana tadi? 

Reviu buku. Aku bukan pembaca buku puisi sebenarnya. Kurang minat baca buku yang penuhnya dengan puisi sahaja. Jadi sebenarnya aku ambil masa yang agak lama (2 bulan) nak habiskan berbanding dengan Gaun Bulan oleh Jed Stellarose (1bulan) dan Sajak Kepada Tuhan (1hari).


Muzaf Ahmad banyak gunakan unsur alam dan perumpamaan sebagai sebuah kerajaan sebagai tapak puisi. Selain tempat beliau mencatatkan bait-bait puisi yang pelbagai, perkara menarik yang lain juga ialah beliau membuat perumpamaan sesuatu hal atau kritikan dengan sangat teliti.

Tribut untuk sahabatnya atau yang ditulis untuk mengukir rindu pada orang yang pernah hadir dalam hidup beliau disusun kemas menjadikan pembaca bukan sekadar membaca tapi turut dapat masuk ke dalam cerita yang dicatatkan sebagai orang ketiga yang dapat rasa perasaan persona-persona.

Ada juga puisi yang didasari dengan perasaan semata-mata atau alatan yang menjadi identiti.

Puisi beliau yang bertapakkan kisah berkaitan kerajaan, adalah berbentuk kritikan terhadap penguasa secara umumnya (penguasa diri, penguasa kerajaan dll.). Ambil contoh Puisi Penarik Pedati Kuda. Puisi ni kalau ikut sisi pandang aku, ini berkaitan bagaimana seseorang hamba umumnya (hamba manusia, hamba Allah) yang letih dengan penguasa dan penindasan yang berlarutan hinggalah dia dapat menyedari bahawa diri juga hamba kepada Allah; menjadi sebaik-baik hamba ialah menjadi hamba Allah. Dan kebahagiaan menjadi hama kepada Allah itu telah menghilangkan sakit dan seksa menjadi hamba penguasa semata.

Menarik dan puisi agak abstrak jadi agak ambil masa untuk faham (alasan je ni. Tapi memang betul agak abstrak untuk faham). Sebagai penutup, Himpunan puisi Muzaf Ahmad ni ialah definisi, "Kalau tak boleh gambarkan kata-kata, tulislah puisi". Dan aku suka puisi-puisi keagamaan yang ditulis oleh Muzaf Ahmad. Licin je masuk perasaan-perasaan yang ditanamkan. Aku pun suka gambaran kerajaan/kota yang digunakan sebab dapat gambarkan perkara kecil dengan lebih teliti.

0230 | 052321

Melaka.

Teruskan BacaanReviu buku: Sepasang Sayap di Bahu Muzaf Ahmad