Khamis, 25 Jun 2020

Overwhelming

Rasanya dah boleh catat setiap kali aku rasa overwhelm.

Dulu ingat overwhelm ni macam normal. Sebab dulu boleh fight sendiri. Still remember 100 days of surviving? All those notes keep me sane everyday honestly.

And if I were about to write another notes, I do think that I should separate them into two. Overwhelm and oversad. Lol.

Penat tahu tak. Penat. I don't want this feelings make a complete cycle. Because if they are, then I should meet doctor. Good news would be the problem can be solved. Bad news would be they will have my record. And that will create another problems which may circulate in this house for quite some time.

I will give myself 1 year to completely cure from all of this. If I still have hard time to deal with all of this next year, then I will get the treatment.

Keep my word.


Teruskan BacaanOverwhelming

Selasa, 23 Jun 2020

Insecurity : Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Mesti kita biasa dengarkan frasa ni sebagai lawak-lawak orang minta putus. *gelak
"Awak terlalu baik untuk saya."

Rasa macam tak logik. Jangan kata kau, aku pun rasa tak logik dengan frasa ni. Sebab tu aku selalu gelak je bila ada orang buat joke atau minta break dengan alasan irrelevant macam ni.

Selalu juga dulu aku baca-baca masa skrol media sosial,
"Dulu dia minta break dengan aku sebab alasannya aku terlalu baik untuk dia. Minggu depannya, aku dengar dia tunang dengan ustaz."

"Bila bagi alasan 'awak terlalu baik untuk saya', habistu aku kena jahat dulu ke baru nak stay?"

Sebabkan aku ni relationship expert (baca: single), aku nak bagi tau sebenarnya apa maksud dia bila cakap macam tu.

Aku pun rasa benda ni kelakar sampailah aku sendiri yang lalui perasaan tu. Konflik ni boleh berlaku dalam semua situasi yang melibatkan dua pihak (hubungan) dengan kawan, ahli keluarga, pasangan, dan dalam sesetengah keadaan, hamba kepada Tuhannya (which is aku tak nak sentuh harini. Malas.)

Sebenarnya kenapa dia cakap "awak terlalu baik untuk saya"?. Satu jawapan, Insecurity.

Bila dia nampak kau baik, kau berharta, lebih pandai, lebih dalam segala-galanya. Lepastu mulalah dia rasa yang dia tak deserve kau sebab kau lebih baik dari dia dalam segala-galanya.

Insecurity bukan datang sebab dia tak bersyukur, mengharapkan pujian atau validation je tau. Inilah yang orang selalu terlepas pandang. Pada hakikatnya, insecurity ni boleh disebabkan ada trauma masa kecil, selalu dibandingkan antara sahabat atau kenalan yang lain.

Aku bagi contohlah. Mesti pernah nampak orang yang pada kita dah cukup pandai,
"Weyh, result aku teruk😭. Tak pernah dapat rendah macam ni."
'Berapa?'
"Dapat 3.65 je.πŸ˜”"
'Dah tinggi lah tu! Kau nak tinggi mana lagi?!'

Lepastu ada orang menyampuk.
"Tak.. sebab dia dah biasa tinggi tau. Sebab tu dia rasa benda tu rendah."-Mim, 2017.

Lagi contoh yang lain.
"Aku buruk dowh."
'Kau dah cantiklah.'
"Tak.. Takdenya. Aku buruk gak dari sesiapa."
'Bersyukurlah dengan diri kah sekarang.'
.
.
Ni semua kisah benar. 

Kadang bukan sebab orang tu tak bersyukur. Mungkin orang yang sedih dapat markah rendah walaupun tak rendah mana sebab dia dah biasa dapat markah tinggi-tinggi. 

Mungkin orang flawless masih rasa tak cantik sebab dia masa kecil dah biasa dibanding-bandingkan dengan sepupu atau adik beradik perempuan dia.

Mungkin orang yang bmi 17 tapi masih rasa gemuk sebab orang keliling dia dah doktrinkan dengan saiz kena 0, saiz S je boleh.

Banyak lagi nak tulis. Tapi malas. Yang penting kita kena bersifat empatilah.

Dan untuk kita yang selalu insecure ni, kita kena terima yang masih ada orang yang genuinely nak tolong kita escape dan nak terima kita seadanya. 

Bila sebut hubungan, mestilah mainkan peranan dua belah pihak en. Aku pernah je gaduh dengan kawan aku sebab aku kata aku tak layak kawan dengan dia. Dia baik sangat. Ya, orang macam ni (baca:aku) memang wujud.

Tapi kita bila jumpa orang macam ni, janganlah immediately tinggalkan dia. Treat dia dengan tenang, okay? Kalau dia dah start maki kau tu, kau blah je kejap. Dalam sehari dua, mesej/berhadapanlah semula dengan dia.

Pujuk, bagi tahu dia yang dia are best enough. Dan sebutlah yang kita tetap akan terima dia seadanya walau apa pun yang berlaku. Walau runtuhnya langit dan gugurnya bintang sekali pun. Eh.πŸ‘€. Sksksk.

Selalu kita nampak orang incsecure ni tak bersyukur, je kan? Dulu pun aku rasa macam tu. Sampailah aku sendiri bergelumang dengan sakit sendiri. Lol. Padan muka aku. Tapi aku bersyukur Allah turunkan sakit ni pada aku. Banyak aku dapat belajar. Aku dapat belajar empati, belajar fahami orang, belajar muhasabah diri.

Tak apa, setiap hari kita belajar perkara baru. Moga lepas ni, kita dapat ubah perangai dan mentaliti kita yang lama. Treat everyone better than we used to do. Okay?

Trust issue memang wujud. Tapi dengar sini, masih wujud orang yang nak terima kita seadanya. Memang ada. Doa banyak-banyak. You are enough, you are valuable, you are a world for someone. Don't give up. Kalau penat, rehat. Jangan segan untuk hit my email up. I may not know you but I will try my best for you until you can finally really accept someone.

Pape, hit my email.

fikryray29@gmail.com ✌🏻

Teruskan BacaanInsecurity : Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Selasa, 16 Jun 2020

Feel appreciated

The way you treat me rn is the same way I used to care about her. About a friend that I really love as known as bulan.

She was really special. I happened to keep updating about her. Checking her walls in my free time. Every single day. Just to know if she's getting better. Her health was my everything. Mentally and physically. I ever cried for her because she said she didn't want to get better. She was giving on her life. I cried hard for every single day.

That was the perk of my love towards my friend. I cried days and night in my prayer may God give her more and more strength to fight in her life. I cried for her. I didn't want she get hurt by any chance.

And look, my story is in past tense.

Giving all I have for a friend that I really love, and seeing you act the same way I did to her. Now I know there is still someone who won't make me as a second choice like him.

And honestly, I really appreaciate you no matter how hard I try to forget about you.
Teruskan BacaanFeel appreciated

Isnin, 15 Jun 2020

Fearful

I can hear my heartbeat,
It's too loud.

I can feel my trembling hands,
It's too strong.

I can feel the heat,
It's deadly fearful.

I'm in a fear,
Of thing can't be seen.

Even my words are messing up. Just because I can no longer arrange them properly.

0428
150620, Grey Room

Teruskan BacaanFearful

Ahad, 14 Jun 2020

Randomness

Pernah tak, kita rasa macam ada orang tu up status fasal kita, cakap fasal kita, kutuk kita, tulis mengenai kita walaupun dia tak sebut pun nama kita? Kita rasa macam, "Dia ni sengaja nak buat aku terasa."

Aku pun ada juga banyak kali terfikir macam tu kat beberapa orang yang aku kenal kat media sosial. 

Tahu tak kenapa kita rasa macam tu? Sebab kita ada 'simpan' rasa terhadap seseorang/sesuatu sebenarnya. Konsep dia samalah macam bila kita baca buku motivasi/islamik en, kita mesti kadang-kadang ada terasa bila dia sebutkan dosa-dosa common kita. Tu yang kadang-kadang orang will come with idea 'this book is not worth it. Banyak rasa sentap.' First of all, kenapa rasa sentap? Mestilah sebab kita mesti pernah ada buat atau ada kaitan dengan sesuatu perkara,kan? Penulis tu bukan kenal kau pun. Dan kalau dia kenal kau, bukan kau seorang je ada dalam hidup dia. Mudah.

Teguran dan pengajaran tu datang daripada pelbagai arah sebab tak ada yang mustahil bagi Allah untuk laksanakan dan berikan hidayah pada hamba yang dia kehendaki.

Aku pernah juga selalu terasa dengan seseorang ni setiap kali dia up apa-apa dekat wall dia *gelak. Sebab yang pertama, aku masa tu hold grudge terhadap dia. Yang kedua, dia refuse untuk jawab bila aku tanya. Haha. Tapi, once aku dah betul-betul maafkan masa lalu aku dan maafkan dia, aku dah tak hold grudge dan apa yang dia tulis akhirnya tak bagi kesan pada aku pun. Bila aku baca tulisan lama dia, aku dah tak rasa dia tujukan pada aku sebaliknya aku cuma rasa mungkin tujukan untuk orang lain atau kenalan dia. Haha.

Dan kalau baru kenal aku, ya aku memang suka tulis benda random. Tak lah really random, most of the time aku memang tulis untuk seseorang (eh πŸ‘€πŸŒΉ) atau kerana seseorang dan memang pada setiap masa, tulisan aku memang untuk aku. 

Sebagai ingatan kepada diri aku. Eh, suka hatilah nak tulis untuk diri sendiri. Kau bukan ada pun nak pesan kat aku benda baik baik. Aku kan tak pentingπŸ™„. Manalah ada orang peduli. Eh, kenapa bunyi tak rileks sangat ni.

Tapi macam yang Bonda pernah ajar, kita kalau nak tulis mengenai orang untuk pengajaran, kaburkan nama dan tempat supaya tak ada orang kenal.

Apa pun, niat kita yang akan dihintung nanti. Semoga apa pun yang kita sampaikan pada orang, akan sentiasa memberi pengajaran dan ingatan buat diri kita yang sentiasa khilaf ini.

Ok, bye genk. Lagi 3 minit nak berbuka ni. Have a nice day ahead!

Teruskan BacaanRandomness

Ahad, 7 Jun 2020

Mixed

"Esc..."

Perkataan ditaip di ruangan carian.
'Antidepressant and to treat anxiety in adult.'

Takkanlah...
Anak matanya berlari membaca setiap patah perkataan yang terpampang di kaca komputer ribanya. Setiap satu perkataan dihadam baik-baik supaya tidak ketinggalan walaupun satu. Ini kes berat.

'Young people might think about suicidal when they start taking antidepressant'

"Mdd? Lagi?" 
Mulut menggumam perlahan. Berderau darahnya. Detakan jantungnya semakin laju. Tapak tangannya diusap ke muka. Serabut. Sungguh. Perlahan air matanya jatuh setitik demi setitik. 

Tuhan, mengapa setiap kali aku berlari mahu tinggalkan masa gelapku, sepantas itu juga masa laluku mengetuk-ngetuk tingkap mahu menerobos masuk untuk tinggal bersamaku lagi? Mengapa, ya? Mengapa diri ini sudah melepaskan tetapi dia mahu tetap menghantui?
.
.
.
.
.
I worry about everything. I worry about everyone. I worry about someone I've been adoring to. Because simply I just love evry single person that come into my life. And when I worried, no one ask me to stop worrying.
Foolish me is entertaining... To everyone..

2303 | 070620
Keputusan akhir.
Teruskan BacaanMixed

Sabtu, 6 Jun 2020

Anxious

I was traumatized.

I don't know what happened,
I don't wanna remember how it happened,
I don't wanna remember their name.

I was dissappointed.

For the weak me,
For losing the strength,
You gave me,
To move on from them.

Your love,
Undoubtedly breaks my insecurities.

Even if it's just temporary.
Thanks 🌹
Teruskan BacaanAnxious

Rabu, 3 Jun 2020

Manusia Bongkak

Biar pungguk ini terus rindukan bulan.

Manusia tak sempurna, 
apatah lagi enggang dan pipit.

Berkurun lagi pun mustahil untuk sempurna.

Lena Terus lena, 
Diulit api kesedihan, 
Panas membakar, 
Sejuk mematikan.

Heh.

Padanlah dahulu aku mengundur diri, 
Daripada dahulu manusia bongkak belum berhenti rupanya.

Terus membongkak.

Haih, 
Biarlah aku gerak solo.

Tahu tak sempurna, 
Bukan dambaan pun.

Andai futur, 
Biarlah bangkit sendiri, 
Tiada tanda ada yang mahu bantu.

Jangan hampir!

Kelak kau letih, 
Lihat kau sekarang pun aku letih.
Gerak jauh shuh.

270619
Negeri Mahkota
----
Aku cuma ingat aku tulis ni sebab insecure rasanya tahun lepas. Yang lain-lain, aku pun macam clueless sikit apa maksud perkataan yang aku tulis. Haha. Cuma yang aku pasti, aku memang dulu addressed myself as Putera Pungguk. Tapi tu cerita lama sebab aku dah berhenti menunggu bulan, maka aku dah jadi Putera biasa yang dah hilang sumpahan✌🏻😌
Teruskan BacaanManusia Bongkak

Pencinta Dunia

Semoga matinya roh pujangga malam sepi, 
Kembali membangkit jiwa pejuang agama.

Yang berjuang dengan kata-kata,
Yang tak kenal erti cinta dunia,
Yang sentiasa bimbang akan keredaan Dia yang Esa.

Kerana pencinta dunia itu, 
tidak akan bersama jiwa yang cinta akan Pencipta.

Ya Rabb, ambillah aku sebelum sempat aku mencintai dunia.

0651 | 030620
Kamar kelabu.
Teruskan BacaanPencinta Dunia

:)

Datang tak dinanti,
Hilang tak dicari.

Tak sedikit aku ambil hati,
Andai yang disebut tak punya hati.

Masakan tak sedikit aku kira,
Andai bukan kerana kau sang pujangga,
Telah menitip setiap kata,
Mengikat menjadi sebuah cerita.

Yang akhirnya,
Dikerat sang panglipu lara.
Teruskan Bacaan:)