Aku pun ada juga banyak kali terfikir macam tu kat beberapa orang yang aku kenal kat media sosial.
Tahu tak kenapa kita rasa macam tu? Sebab kita ada 'simpan' rasa terhadap seseorang/sesuatu sebenarnya. Konsep dia samalah macam bila kita baca buku motivasi/islamik en, kita mesti kadang-kadang ada terasa bila dia sebutkan dosa-dosa common kita. Tu yang kadang-kadang orang will come with idea 'this book is not worth it. Banyak rasa sentap.' First of all, kenapa rasa sentap? Mestilah sebab kita mesti pernah ada buat atau ada kaitan dengan sesuatu perkara,kan? Penulis tu bukan kenal kau pun. Dan kalau dia kenal kau, bukan kau seorang je ada dalam hidup dia. Mudah.
Teguran dan pengajaran tu datang daripada pelbagai arah sebab tak ada yang mustahil bagi Allah untuk laksanakan dan berikan hidayah pada hamba yang dia kehendaki.
Aku pernah juga selalu terasa dengan seseorang ni setiap kali dia up apa-apa dekat wall dia *gelak. Sebab yang pertama, aku masa tu hold grudge terhadap dia. Yang kedua, dia refuse untuk jawab bila aku tanya. Haha. Tapi, once aku dah betul-betul maafkan masa lalu aku dan maafkan dia, aku dah tak hold grudge dan apa yang dia tulis akhirnya tak bagi kesan pada aku pun. Bila aku baca tulisan lama dia, aku dah tak rasa dia tujukan pada aku sebaliknya aku cuma rasa mungkin tujukan untuk orang lain atau kenalan dia. Haha.
Dan kalau baru kenal aku, ya aku memang suka tulis benda random. Tak lah really random, most of the time aku memang tulis untuk seseorang (eh 👀🌹) atau kerana seseorang dan memang pada setiap masa, tulisan aku memang untuk aku.
Sebagai ingatan kepada diri aku. Eh, suka hatilah nak tulis untuk diri sendiri. Kau bukan ada pun nak pesan kat aku benda baik baik. Aku kan tak penting🙄. Manalah ada orang peduli. Eh, kenapa bunyi tak rileks sangat ni.
Tapi macam yang Bonda pernah ajar, kita kalau nak tulis mengenai orang untuk pengajaran, kaburkan nama dan tempat supaya tak ada orang kenal.
Apa pun, niat kita yang akan dihintung nanti. Semoga apa pun yang kita sampaikan pada orang, akan sentiasa memberi pengajaran dan ingatan buat diri kita yang sentiasa khilaf ini.
Ok, bye genk. Lagi 3 minit nak berbuka ni. Have a nice day ahead!
0 ulasan:
Catat Ulasan