Hai! Assalamualaikum semua yang baca, yang tak baca tak apa. Tak rugi pun.
Dah lama aku tak buat random thought macam ni dalam blog. Kita dah berada dalam keadaan pandemik hampir 2 tahun. Sepanjang pandemik, sedar tak sedar kita dah makin mula kenali diri.
Perasaan yang tak pernah hadir, boleh datang singgah dalam ruang-ruang waktu yang didera oleh keadaan semasa. Perilaku, hobi baru, segalanya, datang sekali gus mengajar kita dalam sela waktu.
Sepanjang pandemik, aku membesar, ambil masa yang banyak untuk berfikir. Berfikir, berkenalan dengan orang baru, aku mula discover sedikit sebanyak fasal diri sendiri.
Mula pandemik, aku mula benarkan diri aku untuk jatuh dalam lubuk rasa palsu yang diciptakan dan dinamakan 'cinta' (love) kononnya. Berpisah, menerima hakikat, membesar dan mula cari cara untuk isi lompong yang aku diisikan dengan perkara palsu, dan akhir sekali, aku belajar untuk ubati dan skil untuk self-healing aku pun bertambah bagus. Hahaha.
Setiap hari kita membesar, aku lihat kawan kawan yang tak pernah bersedih, mula jatuh ke tempat yang tak pernah dia pergi. Kau tahu apa yang buatkan pandemik ini makin menarik bila bercakap perihal apa yang kita belajar?
Bila aku sedar yang pelajaran sepanjang waktu aku dapat ini ialah untuk aku gunakan selamanya, dalam waktu yang sangat panjang, dan pandemik ini, telah meninggalkan parmenant damaged kepada setiap orang.
Orang yang sakit covid, tidak akan pernah benar sembuh kerana virus sudah memang ada dalam badan, siapa yang sudah mula ada kecelaruan mental, akan mudah untuk jatuh lagi apabila ada yang menyentuh pagar sementara untuk terus kuat.
Daripada parmenant damaged ini, aku belajar untuk lebih menerima. Kami, kita semua belajar untuk menerima yang kita akan tinggal dalam keadaan ini selamanya dan takkan sama seperti dahulu.
Aku tak rasa aku boleh salahkan sesiapa dalam hal ini, sebab ini ketentuan Allah, aku percaya. Aku cuba merasionalkan segala yang berlaku dan cuba semampunya untuk tak collapsed. Setiap kali aku fikir akan keadaan yang eternal ini, aku akan sedih.
Adakah sebab aku terlalu cintakan dunia sampai lupa yang aku masih ada Dia yang menjaga? Aku risau, risau sangat. Risau dengan diri sendiri, risau dengan keadaan sekarang. Bila-bila masa aku boleh collapsed.
Aku pernah ada dalam keadaan yang aku tak rasa aku akan pulih langsung, rasa terperangkap. Bila berada dalam pandemik, aku mengaku yang aku ada daya ketahanan lebih sikit sebab aku dah ada keimunan terhadap apa jenis perasaan yang aku pernah lawan.
Tapi siapalah aku, kan? Aku masih boleh jatuh dan bila-bila masa kubu ini boleh runtuh; bila aku menyerah.
Mungkin aku yang extra emotional malam ni sebab macam- macam benda berlaku dan pressure sikit.
Selamat malam, semua.
P/s: aku dah hilang waras sikit sebenarnya these past few weeks. Rasa nak lari daripada semua benda. Moga Allah mudahkan semua urusan kita semua.