Bismillahirahmanirahim.
Bertemu lagi kita dalam reviu buku.
Tak adalah reviu buku sangat. Tapi sebbab aku dah gatal tangan sangat nak cerita pasal penulis yang aku kaji untuk assingment kolej.
Aku buat kajian pasal Goethe sebab beliau merupakan sasterawan yang terkenal. Sezaman dengan Beethovan dan beberapa lagi tokoh Eropah. Dilahirkan dia Frankfurt.
Apa yang menarik fasal beliau ni selain daripada kisah hidup dan latar belakang hidup beliau ialah karya-karya yang dihasilkan beliau.
Karya pertama beliau, yang menjadi pencetus revolusi zaman proto-Romantik di Eropah, memberi impak besar dalam dunia penulisan. Taju karya tersebut, The Sorrows of Young Werther.
Aku baru baca sikit karya ni dalam Bahasa Inggeris sebab bahasa asal novel ni, aku belum cukup lancar. Jadi novel yang beliau tulis ni, gunakan cara penceritaan sudut pandang orang pertama (setakat yang aku baca). Surat, yang berformat surat yang ada tarikh dan lain-lain.
Bila aku selidik semula, Oh, buku ni memang merupakan kompilasi surat yang ditulis Werther untuk cari kawannya, Willhem. Novel ni ialah kisah cinta. Tahu Romeo dan Juliet? Aku tak pernah baca cerita Romeo dan Juliet sebenarnya. Yang aku tahu, akhir kisahnya Romeo dan Juliet mati minum racun.
Tapi Novel Goethe ni, hanya Werther yang ambil nyawanya sendiri. Cinta yang digambarkan dalam novel ni bukan main-main. Serius, maksud aku macam memang cinta yang intense gila.
Tapi itulah, cinta terlarang sebab mana boleh suka kat Tunang kawan sendiri, bukan?
Apa yang menarik bila aku kaji karya ni, rupanya novel ni bukan sahaja hidupkan zaman revolusi baru untuk dunia penerbitan. Tapi juga memperkenalkan terma baru dalam dunia psikologi, The Werther Effect atau juga dikenali sebagai copycat suicide.
Maaf aku tak dapat nak bawakan sumber kali ni sebab malas nak search semula di mana website yang aku baca. Copycat suicide, mudahnya ialah cara bunuh diri yang diajuk semula daripada media, orang sekeliling, atau mana-mana.
Ya, lepas buku tersebut diterbitkan, angka bilangan bunuh diri di negara Eropah telah meningkat dan buku tersebut ditemui berada di sebelah si mati. Cara kematian pula sama dengan cara kematian Werther dalam novel terebut; ditembak di kepala.
Kalau ingat semula, ada satu novel Malaysia yang pernah diberhentikan penulisannya atas sebab tak menepati garis panduan pelaporan dan media kesihatan mental.
Syukur sebab negara kita ada peraturan sebegini.
Baik, itu sahaja rasanya untuk reviu buku ni. Kita jumpa lagi dalam posting lain, insya Allah.
0 ulasan:
Catat Ulasan