25/10/2022 0234
My heart burns every time I remember how you looked the last time I saw you. I remember seeing your tail first and smiled because you just came home after playing around since evening.
I saw you, yet I didnt take you right away sebab tak jumpa tudung nak keluar rumah and cant wait to watch my on going jdrama. I. Let. You. Went. Missing. Because. Of. My. Stupid. Drama
I could never watched that drama again after this. :((
26/10/2022 1142
Ajinot sayang akak, akak dah distribute kat first lane taman perumahan ni tadi. Haha. Semoga ada orang yang jumpa ajinot. Semoga Allah izinkan kita bersatu kembali sebelum akak ke Saudi, ya. Semoga Allah izinkan akak untuk sayangi ajinot lagi. Semoga Allah izinkan ajinot tidur dalam pelukan akak lagi pada setiap malam. Akak dah minta raaamaaaii orang doakan supaya ajinot jumpa jalan pulang dan semoga kita disatukan semula. Allah Maha Mendengar. Allah Maha memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sekarang akak tak akan putus berdoa sementara tunggu doa akak dimakbulkan.
Semoga Allah sentiasa menjaga ajinot daripada apa sahaja marabahaya dan kelaparan di luar sana. <3
29/10/2022 0121
Ajinot sayang akak,
Malam ni sepatutnya ajin teman akak tidur untuk kali terakhir sampai minggu depan akak balik lagi.
Patutnya malam ni ajin teman akak tengok cerita kali terakhir.
Patutnya malam ni akak dah siap kemas. Tapi dua minggu lebih ni tersia begitu sahaja sebab akak tak dapat fokus untuk hidup. Sepanjang masa akak fikirkan ajin di mana, kenapa Allah tak makbulkan doa akak lagi, adakah Tuhan mendengar rintihan akak mengenai ajin, adakah akak tak akan jumpa ajin untuk selamanya, bagaimana hidup ajin di luar sana?
Akak dah plan elok elok sebelum ni. 2 minggu straight sebelum masuk belajar, akak nak tidur dengan ajin. Akak nak bagi ajin teman akak kemas barang. Next week lepas habis orientasi, akak nak bawa ajin ke apartment baru kita sebab ajin budak yang baik. Sepatutnya tak ada masalah.
Ajinot, tadi kami ke pasar untuk cari ajin. Tapi ajin tak ada.. :((
Kadang kadang akak mimpi pasal malam terakhir akak nampak ajin. Dalam mimpi mimpi tersebut, akak ambil ajin masuk rumah dan ajin tidur atas katil macam biasa.
Mimpi yang datang daripada desperation di lubuk hati akak.
Ajin sayang, setiap hari akak berdoa supaya Allah memberi petunjuk mengenai ajin dan semoga Allah Yang Mah Baik memulangkan ajin.
Akak pernah terdetik suatu ketika dulu masa ajin baring atas sejadah akak. adakah Allah akan mengambil ajin juga kerana ajin telah ganggu akak khusyuk dalam solat?
Tak pernah sangka Allah akan ambil ajin sebegini rupa.
Akak mengharapkan keajaiban berlaku bagaimana bertemunya adik beradik Yusuf A.S setelah membuang baginda ke dalam perigi buta.
Kuasa Allah tidak terhad. Cuma adakalanya iman akak teruji dengan doa yang tidak dimakbulkan lagi. Semoga Allah mengurniakan kesabaran buat akak dan menaikkan darjat akak dengan ujian yang sangat berat ini.
Sedikit sebanyak akak belajar bersyukur atas ujian ini kerana meneguhkan akak dalam tauhid ini. Iman tidak akan pernah teruji sehingga berada dalam keadaan mendesak. Ada ornag yang sampai menggunakan khidmat benda ghaib selain Allah untuk mencari kembali. Ada yang melakukan perkara terlarang. Jalan pintas.
Tapi akak perlu teguh berdoa pada Allah sahaja. Akak tak mahu kalah dengan ujian keimanan ini.
Ajinot sayang, sekiranya akak dapat ke saudi sungguh. Setiap hujung minggu akan akak persiapkan diri untuk menunaikan umrah dan berdoa kepada Allah di rumah-Nya buat ajin.
Sayang akak, semoga Allah pelihara awak sentiasa dan menyatukan kita semula, ya. <3
5/11/2022 0151
Ajinot sayang, dah dekat sebulan ya. Akak rindu ajinot. Kalau ajinot masih ada, pasti ajinot paling gembira tengok akak balik. Terus meluru lompat atas riba akak untuk tumpang tidur macam masa akak mula mula balik gmi dulu. Tengah makan kat meja makan, tiba tiba ajinot datang naik riba untuk tidur.
Mak kata kalau ajinot balik, mak akan bawa ajinot melawat akak kat asrama. Ajinot baliklah cepat cepat, ya. Nanti boleh bawa jalan jalan kat tempat baru akak. <3
14/11/2022
Ajinot sayang,
Beberapa hari lepas akak mimpi ajinot. Ajinot dah datang balik dan seronok jalan jalan atas katil dengan badan agak comot.
Akak bawa kiki tidur dengan akak beberapa kali sejak ajinot tak ada. Anxiety akak sejak ajinot hilang, bertambah tambah. Akak tak boleh tidur. Tidur. Bangun setiap beberapa jam dengan dengan degup jantung sangat laju.
Akak balik rumah daripada kolej, tengok katil, dan menangis kembali bila ingat yang ajinot tak teman lagi akak tidur.
Kehilangan haiwan, yang tersayang, semua ini adalah ujian Tuhan untuk mengangkat darjat. Tapi tipulah kalau akak tak tertanya bila semua ni akan berakhir?
Dua hari lepas, genap sebulan ajinot hilang. Tarikh ajinot hilang, setahun lepas butter hilang. Setiap kali berdoa atau merintih, akak akan sebut Yang Maha Mendengar supaya akak tak lupa bahawa Allah Maha Mendengar lalu akak tak perlu risau andai merintih ini suatu hal sia sia.
AAjinot sayang, semoga Allah sentiasa melindungi ajinot.

