Rabu, 13 Julai 2022

Tadi tengok ig story seorang akak ni, dia cerita yang masa dia tengah frust menonggeng, umur 18-20 camtu, mengadu kat mak ayah dia pasal ni.
"Adik sayang sangat kat dia tu!! T.T"

Lepastu respon mak ayah akak tu,
"Adik muda lagi. Perjalanan adik jauh lagi. Lepasni adik akan jumpa lagi ramai orang baik baik."
"mama doakan adik akan jumpa orang yang betul betul baik untuk adik dan terima adik seadanya nanti."

Aku yang baca ig story tu pun menangis. Teringat sebab I hid everything alone, masa semua tu jadi, still keep things alone.
Patah dalam diam, hancur dalam diam bangun dalam diam, sembuh dalam diam.

Semua sekali ambil masa seetahun. Ya, setahun. Masa mula mula patah tak bagi tahu sesiapa, hancur, tak bagi tahu juga. Bila nak start bangun dalam 4-5 bulan lepas hancur tu, baru mula bagi tau orang. Baru cari tangan yang boleh dipercayai untuk bantu.

Masa tu kak autumn lah yang sebut, "fik, fik muda lagi. Perjalanan fik masih panjang, date around, kenal dengan orang."

Punya patah teruk tu, aku rasa waktu aku mula masuk a level daripada julai sampai bulan 4-5 next yearnya, burnt macam tu je sebab patah hati. Burn sebab dissociate.
Hilang, tak fokus, malam malam teringat dan menangis macam orang gila. Buat percubaan untuk berhenti hidup.

Lepastu the audacity for some people to say, "you are not move on even for a second!"
Sila meninggal. Takkan nak cerita jatuh dan bangun pada orang yang macam kau? Kau nak buat apa dengan cerita aku? Hancur kan aku? Macam yang kau pernah buat kat aku beberapa kali atas dasar melawak je?

Apa aku tak ada harga diri atau hati?

Penat ya jadi pilihan dan sentiasa disalah tafsir. Aku tak ada sesiapa nak tarik tangan aku bila jatuh..
Benda paling basic untuk kau buat kalau tak mampu tarik tangan aku, janganlah tolak aku supaya jatuh lagi dalam.

Bukan satu orang. Bukan dua orang. bukan 3. Dah ramai. Sampai dah malas nak layan.

Tapi sejak jumpa ada orang yang sudi tarik tangan aku, yang sudi berpihak dengan aku. Aku bersyukur sebab akhirnya ada orang yang nak percayakan aku.
Yang layan aku selayak manusia dan tak diskriminasi. Ini pun dah cukup. 

0 ulasan: