Sabtu, 30 Mei 2020

Lukisan Bayangan Hati

Aku selak gambar dalam google photos dan terjumpa puisi lama yang aku tulis dalam acc yang aku dah delete. So-- yeah.

Lukisan Bayangan Hati
Lukisan hati, 
Yang menjadi bayang segalanya.

Segala setiap satu, 
Lekuk sinar yang tak mampu dipudarkan rasa sunyi.

Sebuah senyuman yang hilang, 
Yang diberi, 
Tiada ganti selamanya.

Suatu yang tak mampu berulang,
Meski andai jantung ini kau gadaikan.

Aku harap kamu gembira.
Bukankah dunia ini suatu perjalanan?

Aku sekadar mengharap tiada mati hati ini.
Andai suatu nanti kita tiada bersua.

Bersumpahlah pada aku, 
Kamu akan kuat demi Dia,

Kamu mampu?

091119
Negeri Mahkota
Teruskan BacaanLukisan Bayangan Hati

Selasa, 26 Mei 2020

Penantian

Tiada kata cinta untuk hari ini dan pada masa mendatang,
Angin malam telah membawa pergi setiap rasa dan kata,
Hingga yang tinggal hanya aku—
Tanpa walau sekeping hati.

Kerana hakikat dunia ini,
Tiada yang kekal,
Termasuklah sebuah penantian.

0323 | 052620
Antara Dua Lautan.
Teruskan BacaanPenantian

Hilang

Aku dah tak ada perasaan.

Tak punya rasa dan kehilangan kata,
Setiap bait yang pernah tersusun akhirnya hilang kini;
Ketika aku mula ingin berdiri sendiri.

Tiada kata cinta lagi yang mampu aku ungkap,
Untuk kini;
Mahupun nanti.

0315 | 052620
Mencari kata.
Teruskan BacaanHilang

Isnin, 25 Mei 2020

Happy Eid Fitri 1441h!

Yoo ssup gaes!
Bismillahirahmanirrahim.

Pada kesempatan ini, saya, Fikry Ray.. Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim yang sedang membaca sekarang dan memohon kemaafan dari sejak pertama kali saya bertapak di dalam Internet baik yang kenali saya atau tak. Uhuk uhuk.

Untuk hampir 3 tahun yanh telah berlalu sejak saya bertapak di internet, saya pasti banyak salah silap saya. Termarah orang sengaja dan tak sengaja. Terbagi fake hope kat sesiapa (rasanya ni paling banyak kali😭), tercerita aib, termaki atau terkurang ajar masa jawab soalan, saya berjanji saya tak akan ulangi silap saya yang telah berlalu🙇🏻. Sekarang kita buka buku baru, boleh tak? Saya dah betul-bwtul menyesal uhuk uhuk.

Terima kasih untuk yang setia menyokong saya, yang banyak memberi teguran, dan tak lupa kepada para cctv yang suka memberi semangat kepada saya dalam kejauhan🌹.

Ada dua orang yang saya nak sebut iaitu Wafi dan Rihana. Rihana ni pun pembaca rahsia daripada dulu. Wafi tak rahsia. Tapi untuk apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka berdua sebab mereka ni antara yang kenali saya dari awal sebelum menjadi seorang Fikry yang sekarang👉🏻👈🏻.

Saya mendoakan yang terbaik dunia akhirat buat semua. 

Dan untuk cctv rahsia yang berada jauh di perantauan juga, terima kasih sebab percayakan saya semasa saya dalam keraguan. Terima kasih kerana salurkan keyakinan kepada saya. Moga Allah terima doa kita. Dan Fik minta maaf kerana tak dapat jadi yang terbaik.

Kepada semua yang sedang membaca posting ini, Fik doakan kita semua ikhlas dan istiqamah dalam beramal ibadah. Semoga Allah bangkitkan kita dalam keadaan yang mulia dan bersama rahmatnya. Allahumma āmīn. Allah bless you and your families ✨
Teruskan BacaanHappy Eid Fitri 1441h!

Sabtu, 23 Mei 2020

A year after the last..


Yesterday, 22 May 2019.

Hari terakhir aku tasmik dengan ustazah.

Hari pertama aku give up menghafaz. 
Hari pertama aku berhenti ambil hafazan baru.
Hari pertama aku betul-betul hilang jiwa.
Hari pertama aku rasa nak fokus exam terdekat masa tu je.

Orang lama pernahlah tahu yang aku tak menghafaz secara formal. Maksudnya hafaz sendiri-sendiri dan jumpa ustazah untuk tasmik. Dan yang pernah baca kes aku bergaduh dengan kumpulan islamis, semalam, setahun yang lepas ialah hari yang lebih teruk dari itu.

Jujurnya aku tak dapat encouragement dari orang terdekat. My blood line.. Lama jugalah. Dalam 7 tahun cari kekuatan sendiri. Start sendiri. Dan usaha tu mati..

Mati sebab perasaan sendiri. Kahkah.

Jangan terlalu mencinta orang; sahabat, keluarga, orang terdekat, kekasih hati.
Sebab akhirnya itu yang akan menyakitkan kita sendiri.

Bersederhanalah dalam segala-galanya. Allah tak suka orang melampaui batas.

Kelak rasa kasih akan menyentap engkau dari buai mimpi indah dunia. Kasih yang mencandu, akan membuat kau hilang ingatan hari ini dah semalam. Menguat jiwa tanpa kau sedari. Tapi sayang,,

Kelak semua akan gelap ketika kau kehilangan kasih itu. Kerana aromanya, auranya, masih tertinggal dalam dakapan kau. Andai tiada kemaafan kepada diri kau atas kehilangan ia.

Berhentilah menyayangi berlebihan.
Sayangi diri kau terlebih dahulu.

Ucaplah pada aku,
Kasih kerana Allah konon. Segalanya akan meninggalkan kau pada akhirnya kerana yang hanya kekal itu, Dia — Yang Maha Berdiri Sendiri. Sandarkan cinta pada Dia sepenuh hati..

Kelak cinta kerana Allah akan meninggalkan kau juga namun..

Cinta akan Allah itu akan kekal.
Kerana tak sedikit pun Dia meninggalkan walau berbatu kau tinggalkan Dia.

Ingat pesan aku.
Teruskan BacaanA year after the last..

Jumaat, 22 Mei 2020

Fik wanna say sorry.

Fik wanna say sorry.

For giving you hope,
For giving you strength,
For giving you tons of feeling,
For giving you encouragement,
For giving you my words,

And walk away at the end of our story. That has been built for years.

Hope you are strong enough,
To continue your study,
To motivate your younger siblings,
To make proud of your parents,
To be soft to yourself,
To keep spreading the greatness of Islam,

To Be everything without me.

Because yeah. It's saddened because we live in two different worlds. 

Semoga Dia beri jawapan kepada doa kita.
Untuk semua yang pernah terluah..
Fik says sorry.
Mianhae.
Teruskan BacaanFik wanna say sorry.

U.S

Really hope that one day I can—

Answer the question,
Reciprocate yours,
And complete ours.

And when the day comes,
I may realize that you are not the person.

But that's okay.

Because we apparently just a chapter to each other.

And it's okay to not complete my story with you. :)
Teruskan BacaanU.S

Rabu, 20 Mei 2020

Dia Masih Wali Aku

"Syef, kenapa ni?" Nini bertanya cemas. Esak tangisan di sebalik sebelah sana membuatkannya sedikit cemas. 

"Tak ada apalah. Perkara biasa. Aku tegur kakak aku tadi. Tapi dia marah aku semula. Dia cakap..." Syerafina menceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Nini mendengar dengan senyap setiap cerita yang diluahkan oleh sahabatnya yang seorang ini.

"Hmm, aku tak tahulah, Syef. Ayah kau tak cakap apa-apakah?"  Nini betanya tenang setelah Syerafina menghabiskan ceritanya.

"Ayah aku tahu fasal mereka. Tapi dia tak marah. Haih.." Syef mengeluh di hujung katanya.

"Hm.." Nini hanya diamkan sahaja. Inilah konflik keluarga Syerafina. Tapi Nini tak begitu mengenalinya. Mereka hanya pernah jumpa sekali. Dan seluruh keluarga Syef kelihatan normal sahaja. Jika Syef tidak pernah menceritakan apa yang berlaku selama-lama ini, pasti Nini mengaggap Syerafina sebagai manusia paling bertuah yang dia pernah kenal.
.
.
.
.
.
"Kau apa hal ni?" Aidan melabuhkan punggung di kerusi hadapan Syerafina. Ini kali kedua mereka bertemu sepanjang 3 tahun perkenalan.

Syerafina yang mengangkat muka daripada telefon bimbitnya. Mukanya agak keliru sesaat dua. Terkejut dengan kehadiran Aidan yang tiba-tiba muncul. Mereka berjanji untuk berjumpa pada hari ini kerana Amira, adik aidaningin bertemmu Syerafina. Tapi tak sangka pula lelaki yang seorang ini lambat macam ni.

"Adik kau mana?" 
"Pergi toilet. Kau apa hal ni? Muka macam baru baca berita ribut. Putus cinta ke, macam mana? Hahaha." Aidan menyambung lagi dengan nada mengusik.

"Haih.. Kau marah tak kalau orang yang pung pang bercakap fasal agama di luar, tapi hakikatnya kakak dia, mak dia, tak tutup aurat, adik kakak dia tak solat?" Syef mengeluh perlahan. Penatlah nak layan Aidan usik ni. Menyampah pun ya juga.

"Hahahah.. itukah masalah kau? Lah, ayah abang kau tak marahkah mereka tak tutup aurat?" Aidan menyandarkan diri pada kerusinya.

"Tak." Jawapan pendek.

"Patutlah makin ramai perempuan rosak sekarang ni. Baru aku tahu wujud lelaki macam ni. Hahaha. Habis tu, selama ni kaukah yang tegur mereka?"

"Ha'ah" Jawapan pendek lagi.

"Kahkahkah. Bagusnya kau ambil tugas mereka. Habis mereka buat apa je? Didik apa je di rumah kau tu?"

"Huh!" Syerafina mendengus dan bangun daripada duduknya. Tangan dihentak perlahan di atas meja kedai makanan segera ini.

"Boleh berhenti cakap sinis, tak? Kau cakap buruk macam mana pun, ayah, abang, dan adik aku tu masih wali aku. Walaupun kurang didikan agama daripada mereka, aku yang pilih untuk belajar agama. Jalan ini aku yang  pilih. Kalau kau tak mahu jawab soalan pertama aku, janganlah burukkan mereka. Memang aku penat ambil tanggungjawab mereka ingatkan kakak dan adik aku. Memang. tapi itu bukan lesen untuk kau berkata buruk fasal wali-wali aku, faham?" Syerafina mula membebel perlahan. Had suaranya hanya didengari mereka berdua. Mujur sahaja tidak ramai pengunjung pada hari ini.

"Kirim salam pada Amira. Beritahu dia aku tak sihat dan perlu balik awal. Huh!" Syerafina mengambil beg tepinya dan berlalu pergi.

Letih. Aku cuma mahu tahu bagaimana penerimaan orang lain. Bukan mendengar kata-kata makian terhadap wali aku. Tak pedulilah seteruk mana pun mereka, mereka masih wali aku. Yang melindungi aku. Kata-kata sinis Aidan mengingatkan lagi kepada Syef bahawa betapa keluarganya tak sempurna.

Aku--
Tak tahu. Wallahi, aku juga confuse. Dengan semua perkara yang berlaku. Tapi kalau pun bukan ketua keluarga yang menjalankan tangggungjawab mendidik perihal agama pada kami, siapa lagi yang aku mahu harapkan kalau bukan diri sendiri? 
Teruskan BacaanDia Masih Wali Aku

Rabu, 13 Mei 2020

day 100 of surviving

Day 100 of surviving.

It has been 100 days. Starting from the day I said I wanna change. Starting from the day I diguised the grateful me.The most important part of my 100 of days survival is how I treat my suicidal thoughts.. How they slowly disappear..

Aku pun tak sangka yang aku akan tamatkan nota ni dalam bulan Ramadan. Pada tarikh ganjil (walaupun aku ada skip beberapa hari. Sksksk).

Tadi scroll semula ke atas, mula daripada day 1 of suviving. Muhasabah diri. Awal-awal dulu, selang 10 hari mesti down balik. Tapi memang awal tu, susah betul ya nak fight bad thoughts, nak paksa diri tulis perkara baik-baik. Muhasabah diri semula, adalah dalam 28 hari dibayangi persahabatan yang terputus (antara isu besar yang aku lawan.)

Tapi dengan izin Allah, akhirnya harini, aku betul-betul dah maafkan dia, dah maafkan masa lalu kami, dah tak triggered (triggered ni bukan marah je. Termasuklah panic attack dan depressed berhari-hari. Em..) bila dengar orang sebut nama mereka.

Ini permulaan kisah 100 hari aku.

http://fikryray.blogspot.com/2020/03/31-january-2020.html

Untuk yang berada di luar sana, yang sedang struggle dengan setiap inci kehidupan, aku mendoakan agar kalian dapat mencapai kebahagiaan juga. Dapat memaafkan diri. Dapat memilih diri kamu berbanding orang lain untuk disayangi. Dapat menebarkan kasih sayang pada semua makhluk tak terkecuali diri kau.
Teruskan Bacaanday 100 of surviving

Ahad, 3 Mei 2020

Day 89 of Surviving

My friend told me last jight about her dream.

In her dream, she met a guy that will be comforting her until she fall asleep. Good for her because it feels like my pray for her has been accepted.

Sebenarnya harini aku terluka sikit sebab yeah.. Masih fasal sambung belajar. Masih fasal apa yang aku cuba kecapi. Masih fasal impian aku dari kecil--

Tapi tak apalah. Aku rasa macam nak mengeluh lagi "aku bukan bongsu, bukan sulong, tapi kenapa harapan semua yang aku kena tanggung? Kenapa yang lain boleh capai cita-cita yang diaorang nak tapi aku tak?"

Inilah skrip otak aku almost everyday masa kena paksa masuk science stream. Tapi aku dah penat mengeluh. Penat sangat.

Semalam kongsi cerita dengan Dino fasal macam-macam. Dino anak bongsu dan itu yang buatkan dia harapan terakhir. Kesian. Tak sangka selama ni kami dalam bot yang sama. Padahal dulu masa sekolah, dan macam anjing dengan kucing. (Honestly, aku pun tak tahu kenapa dia tak suka aku dulu😂. Kelakar bila ingat balik)

Moga Allah berikan yang terbaik buat setiap mereka di luar sana yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik demi ibu bapa mereka. Setiap satunya menjadi amal kebajikan buat kamu semua.
Teruskan BacaanDay 89 of Surviving

Sabtu, 2 Mei 2020

Day 88 of surviving

Today is the day.

The day I completely forgive myself, forgive my past, and forgive you. Allahurabbi. 
I would like to thanks to Sunan. If it's not because of her twits, I won't realize these things.

I realize I deserve someone who have same wavelength as mine. One of my mental burdens has resolve🤗
Only Allah knows how grateful I am today.

We don't need to be beautiful to be someone else's favourite. We only need to be ourselves and the right one will make us look pretty.
That's it.😊
Pilihlah kawan. Kita mungkin akan buat kesilapan. Tapi kesilapan itulah yang buat kita belajar untuk jadi lebih baik, untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan pda masa akan datang.

Semoga Allah rahmati kamu semua, moga Allah jaga persahabatan kamu semua. Kita bersahabat, biarlah kerana Allah.

Bukankah 1 daripada 7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari tiada naungan sebaik naungan Allah, ialah sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah? Yang berkasih sayang kerana Allah?

Teruskan BacaanDay 88 of surviving

Jumaat, 1 Mei 2020

Day 87 of surviving.

'Setiap amal perbuatan itu disertai niat."

Hadits ni panjang lagi. Tapi aku tulis, cukuplah untuk buat muhasabah diri.

Aku tak nafikan yang aku ada tulis beberapa entries yang kontroversial. Tapi, sebenarnya niat aku tulis posting tu ialah untuk kuatkan diri sendiri. Ingatan pada diri, bahawa kena terima seadanya keluarga kita sebab kita tak boleh ubah benda tu.
Blinkers yang sempat baca cerita-cerita aku dulu, tahulah kut.

Think about it again, orang yang baca pun ikut niat gak. Aku pernah tulis posting facebook pasal niat ni. 
Fasal buku,
"Bolehkah bercouple?" Karangan seorang ustaz berautoriti dan diterbitkan di bawah rumah penerbitan Telaga Biru. Ada orang yang baca dengan niat untuk menimba ilmu, untuk tahu hukum yang sebenar dan sebarkan pada masyarakat. 
On the other hand, ada yang baca untuk menghalalkan perbuatannya yang salah; couple.

Semua amal bergantung dengan niat.

Niat aku menulis, sebagai ingatan pada diri.
Niat engkau membaca, aku tak ketahui.

Ada yang baca untuk belajar dari kesilapan orang lain. Ada yang baca untuk cari kecacatan orang lain.

Dan aku bersyukur sebab orang yang aku tujukan tu, akhirnya dia baca apa yang aku tulis dan ambil pengajaran. Wuv you, Fath ❣. Tapi tulah, ada juga yang baca, salah faham, lepastu aku kena marah. Sksksk. Biarlah.

Aku dengan Fath ni kawan sejak 2017. Banyak betul masalah keluarga ni. Tapi, masa aku bagi dia hadiah buku yang aku da terlibat dalam menulis, dia cakap,
"Fath baca buku yang Fik tulis. Menangis Fath baca. Rasa macam, Ya Allah, teruknya aku sebagai anak."
T_T

Aku pula yang terasa. Like, masalah aku tak sebesar masalah dia. Tapi dia masih sayang mak dia (despite everything that has happened), sampai menangis lepas baca cerita tu. Uhuk.

Tak ada doa yang lebih baik aku dapat berikan melainkan moga Allah berikan taufik dan hidayah kepada Fath sekeluarga. Moga Allah izinkan kita untuk bertemu. Moga Allah izinkan Fath jumpa dengan seseorang yang ikhlas dan dapat guide Fath sebaiknya.

Allahumma āmīn

Teruskan BacaanDay 87 of surviving.