Rabu, 20 Mei 2020

Dia Masih Wali Aku

"Syef, kenapa ni?" Nini bertanya cemas. Esak tangisan di sebalik sebelah sana membuatkannya sedikit cemas. 

"Tak ada apalah. Perkara biasa. Aku tegur kakak aku tadi. Tapi dia marah aku semula. Dia cakap..." Syerafina menceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Nini mendengar dengan senyap setiap cerita yang diluahkan oleh sahabatnya yang seorang ini.

"Hmm, aku tak tahulah, Syef. Ayah kau tak cakap apa-apakah?"  Nini betanya tenang setelah Syerafina menghabiskan ceritanya.

"Ayah aku tahu fasal mereka. Tapi dia tak marah. Haih.." Syef mengeluh di hujung katanya.

"Hm.." Nini hanya diamkan sahaja. Inilah konflik keluarga Syerafina. Tapi Nini tak begitu mengenalinya. Mereka hanya pernah jumpa sekali. Dan seluruh keluarga Syef kelihatan normal sahaja. Jika Syef tidak pernah menceritakan apa yang berlaku selama-lama ini, pasti Nini mengaggap Syerafina sebagai manusia paling bertuah yang dia pernah kenal.
.
.
.
.
.
"Kau apa hal ni?" Aidan melabuhkan punggung di kerusi hadapan Syerafina. Ini kali kedua mereka bertemu sepanjang 3 tahun perkenalan.

Syerafina yang mengangkat muka daripada telefon bimbitnya. Mukanya agak keliru sesaat dua. Terkejut dengan kehadiran Aidan yang tiba-tiba muncul. Mereka berjanji untuk berjumpa pada hari ini kerana Amira, adik aidaningin bertemmu Syerafina. Tapi tak sangka pula lelaki yang seorang ini lambat macam ni.

"Adik kau mana?" 
"Pergi toilet. Kau apa hal ni? Muka macam baru baca berita ribut. Putus cinta ke, macam mana? Hahaha." Aidan menyambung lagi dengan nada mengusik.

"Haih.. Kau marah tak kalau orang yang pung pang bercakap fasal agama di luar, tapi hakikatnya kakak dia, mak dia, tak tutup aurat, adik kakak dia tak solat?" Syef mengeluh perlahan. Penatlah nak layan Aidan usik ni. Menyampah pun ya juga.

"Hahahah.. itukah masalah kau? Lah, ayah abang kau tak marahkah mereka tak tutup aurat?" Aidan menyandarkan diri pada kerusinya.

"Tak." Jawapan pendek.

"Patutlah makin ramai perempuan rosak sekarang ni. Baru aku tahu wujud lelaki macam ni. Hahaha. Habis tu, selama ni kaukah yang tegur mereka?"

"Ha'ah" Jawapan pendek lagi.

"Kahkahkah. Bagusnya kau ambil tugas mereka. Habis mereka buat apa je? Didik apa je di rumah kau tu?"

"Huh!" Syerafina mendengus dan bangun daripada duduknya. Tangan dihentak perlahan di atas meja kedai makanan segera ini.

"Boleh berhenti cakap sinis, tak? Kau cakap buruk macam mana pun, ayah, abang, dan adik aku tu masih wali aku. Walaupun kurang didikan agama daripada mereka, aku yang pilih untuk belajar agama. Jalan ini aku yang  pilih. Kalau kau tak mahu jawab soalan pertama aku, janganlah burukkan mereka. Memang aku penat ambil tanggungjawab mereka ingatkan kakak dan adik aku. Memang. tapi itu bukan lesen untuk kau berkata buruk fasal wali-wali aku, faham?" Syerafina mula membebel perlahan. Had suaranya hanya didengari mereka berdua. Mujur sahaja tidak ramai pengunjung pada hari ini.

"Kirim salam pada Amira. Beritahu dia aku tak sihat dan perlu balik awal. Huh!" Syerafina mengambil beg tepinya dan berlalu pergi.

Letih. Aku cuma mahu tahu bagaimana penerimaan orang lain. Bukan mendengar kata-kata makian terhadap wali aku. Tak pedulilah seteruk mana pun mereka, mereka masih wali aku. Yang melindungi aku. Kata-kata sinis Aidan mengingatkan lagi kepada Syef bahawa betapa keluarganya tak sempurna.

Aku--
Tak tahu. Wallahi, aku juga confuse. Dengan semua perkara yang berlaku. Tapi kalau pun bukan ketua keluarga yang menjalankan tangggungjawab mendidik perihal agama pada kami, siapa lagi yang aku mahu harapkan kalau bukan diri sendiri? 

0 ulasan: