"Akak, macam mana nak cari redha Allah?"
Gadis berusia 15 tahun itu bertanya kepada akak naqibahnya.
Naqibah diam. Perlahan cuba memproses apa yang ditanya oleh adik usrahnya itu.
Seketika dia ingin terharu dan keliru. Sambil rasa di hati cuba untuk mengawal tingkah laku, otaknya cuba memproses soalan yang meluncur daripada mulut gadis berusia 15 tahun yang duduk di sebelahnya.
"Em, esok akak bagi jawapan, ya. 😊"
Masa usrah dah hampir hampir tamat. Naqibah mengerling ke sekeliling kawasan luas itu. Hari ini, seperti biasa di bulan-bulan Ramadan, usrah akan berlangsung di kawasan ini selepas waktu asar. Setiap usrah akan membacakan ayat suci Al-Qur'an. Beberapa juzuk setiap usrah. Jadi dalam sebulan, organisasi itu akan tammat Al-Qur'a 30 juzu'.
Sebaik sahaja semua usrah bersurai daripada kawan lapang itu, Han termenung sendiri. Sebentar tadi sebenarnya mereka perlu menamatkan bacaan Al-Qur'an mereka tapi mereka telah tamat bacaan 2 juzu' sebaik sahaja 5 hari usrah berlangsung. Maka, hari-hari yang berbaki sebelum usrah untuk bulan Ramadan ini tamat, usrahnya memutuskan untuk mengadakan tazkirah ringkas secara berpasangan dalam usrah tersebut. Tazkirah berlangsung setiap 15 minit terakhir sebelum usrah bersurai.
Sebentar tadi gilirannya untuk memberi tazkirah ringkas bersama partnernya tapi partnernya MC hari ini.
"Akak, macam mana nak cari redha Allah?"
Soalan ini, entah kenapa rasa gementar ingin menjawabnya. Barangkali kerana sudah sekian lama dia tidak membaca lalu ilmu pun sedikit-dikit berkurang dan dia lupa cara untuk menjawabnya?
Ah! Lupakan alasan tersebut.
Han mengeluh lemah. Bukan dia tidak tahu jawapan. Bukan dia tidak past dalilnya yang mana satu. Bukan segalanya. Cumanya-- dia terharu. Lidahnya tak dapat untuk tutur kata akibat terlalu terharu dan takut bercampur aduk.
Sebentar tadi,
Han memandang tepat ke mata gadis tersebut. Maha Suci Allah yang memberikan segala nikmat dan kemampuan kepada hamba-Nya. Embrace anugerah Allah, Han gunakan kemampuan untuk seupanya membaca apa yang tersirat di wajah budak yang pernah ditarik oleh para senior. Kata seniornya budak ini bermasalah. Budak nii kurang ajar. I just-- wondering..
Namun, kolam cerita yang terpancar di mata budak ini budak kolam kisah keangkuhan atau rebellious. Ya, dua elemen itu ada. Tapi bukan kali ini. Dia ikhlas. Aku kenal kolam cerita ini. Ini kolam cerita seperti aku. Warna latarnya berbeza namun ia masih hal yang sama. Dia lost. Dia nak pulang.
Han menyandar di rak yang memenuhkan rehal milik organisasi itu. Al-Qur'an yang ditaburi permata plastik yang dibeli di mR. DIY dua tahun lepas ditenung.
Soalan ikhlas yang hadir daripada seseorang hanya akan terpancar sekiranya--
dia percaya akan seseorang.
Budak itu, percaya aku?
Aku-- thiqah?
Han tanya dirinya sendiri.
Ya Rabb, bantu aku.
Beroleh kepercayaan daripada seseorang yang ikhlas ingin kembali kepada-Nya, merupakan hal yang berat dalam masa yang sama buat dia terharu.
Menjadi orang yang thiqah bukan hal yang mudah. Risau andai dia tergelincir suatu ketika, seorang yang meletakkan thiqah padanya turut jatuh tersungkur.
Hidup yang penuh naik dan turunnya,
Usrah merupakan institusi yang dicipta Imam Hassan Al-Banna untuk mengukuh kedudukan iman seorang muslim dalam dunia yang dipenuhi fitnah.
Percaya, satu perkataan yang cukup besar. Eheh.
Hari ini dia telah buatkan seseorang selesa hidup berusrah-satu perasaan yag dia tidak dapat ketika menyertai usrah tahun lepas. Han ada alasan. Alasan-- kukuh? entah. Kau perlu nilai sendiri.
Usrah ini akan dia bawa membawa satu revolusi, dimanausrah bukan hal kolot yang mengagungkan sesuatu tanpa dalil. Adik-adiknya ini masih suci. Dia akan sebaiknya usaha.
Usrah. heh.
Bila aku pegang baru aku tahu berat guane rasa.
nota kaki:
Maaf tunda 3 hari post. (selama 3 hari ini ada orang yang telah buang masa untuk baca post mengrut aku. maaf lagi). Posting mengenai jawapan bagaimana nak cari redha aku post lain kali.
wassalam alayk semua. maaf sebab buang masa hangpa.
0 ulasan:
Catat Ulasan