Khamis, 16 Mei 2019

Tasmik

Wanita lewat 30-an itu memeluk gadis bertudung labuh yang baru menghabiskan ayat 37 surah Al-Baqarah di hadapannya.

Restriction Section, Library.

Itu tempat perjumpaan talaqqi untuk pelajar lemah bacaan. Hari ini Han pergi bersama Izz ke tempat tersebut untuk tasmik bacaan. Bacaan tak formal kerana guru tasmiknya busy dengan jadual exam final year di universiti tempatan.


"Masya Allah. Alhamdulillah Tabarakallah. Nanti jangan lupa tarik ummi masuk syurga juga tau" Sendu wanita tersebut samar kedengaran di sebalik pelukan tersebut.

Pap! 
Tersentap gadis yang berada dalam pelukan wanita tersebut. Syurga. Terlalu mahal untuk ditanya kepadanya soal hal ghaib itu. Dia tahu sejuh mana kemampuannya -- bicara nikmat dan azab ghaib milik Maha Suci Tuhan.

"Kau jangan lupa cari aku kat neraka tau kalau kita tak dapat jumpa kat syurga nanti," 
teringat perbualannya dengan kenalannya sebelum ini.

Wanita tersebut meleraikan pelukan sambil mengesat air matanya. Han hampir mengalirkan air matanya juga namun ditahan.

Sepulangnya dia daripada tempat itu, telefon bimbit dicapai. Appstore dibuka dan aplikasi whatsapp ditaip di kotak search. Jumpa. Hatinya berbolak balik ingin memuat turun aplikasi itu. Entah. Barangkali ini hikmahnya telefonnya diformat. Sekurangnya dia masih ada alasan untuk tidak bercakap dengan sesiapa. Biarlah. sekarang bukan masanya.

Telefon bimbit dicampak perlahan ke atas katil sebelum sempat butang muat turun ditekan. Nafas dihela berat.

Ini masa bersendirian. Bukan sekarang ini tunjuk lemah lagi. Mungkin nanti. Tapi waktunya bukan kini. Itu pasti.

Talaqqi terakhir | Oktober2018

0 ulasan: