Sabtu, 22 Jun 2019

After all this time


7:10 petang, 26 Ramadan

"Huk huk."
Han berpaling ke belakang. Lelaki tua yang duduk di atas kerusi plastik yang Han ambil sebentar tadi di renung.
"Makanlah sikit."
Geleng. Lima minit berlalu dan azan maghrib kuat berkumandang daripada masjid berdekatan Ulu Jasin.

"KUF KUF"  batuk yang sebentar tadi perlahan semakin kuat. Han menoleh. Han mempercepatkan suapan lantas membiarkan sahaja lauk butter chicken masakan adik bapanya direbut di tengah kawasan makan. Izinkan kali ini Han suap atuk.

"Tak boleh. Atuk tak de tenaga nak makan." Mata tuanya bergenang sambil kedua belah tangannya mengangkat separas dada seperti ahli tinju. Tapi ahli tinju yang berusia ini sudah lemah.

"Ihi ihi, apenda kau ni." Sinis tawa gadis berusia 21 tahun 7 bulan yang duduk di sebelah Han di kawasan makan.

Wajah sawo matang Han bertukar panas dan memerah.

14 Jun
Hari ini ada majlis untuk pelajar bersuka ria di dewan besar. Entah, sepanjang minggu ini Han kerap kali berasa sejuk dan kerap menggigil.

Seluar three quater yang dibawa tidur kebiasaannya sudah lama tidak berusik kerana dia sentiasa sejuk. Hati pun galau. Ehe.

Semalam dia membantu rakannya memasak. Apabila tangan kirinya memegang pinggan kecil yang berisi garlic yang sudah diketuk, tanganya hebat menggigil sehingga garlics tersebut hampir jatuh. Sudahnya, Fath menyuruh Han letak sahaja pinggan tersebut di atas peti sejuk.

16 Jun
-additional Mathematics Class-
"Ye dowh. Sumpa ngarut."
Ketawa pecah daripada mulut 3 orang pelajar yang duduk di bahagian hadapan kelas.

Dalam tawanya, Han cuba berlagak tenang walaupun tangannya makin kuat menggigil bermula malam tadi selepas mendapat panggilan daripada maknya.
"Atuk masuk wad yang sama dengan arwah nenek dulu."

"Ok class. Esok kita dah boleh sambung permution." Suara lelaki lewat 30-an menghentikab semua gelak ketawa yang pecah sebentar tadi.

Seluruh kelas senyap dan menyambung latihan tadi.

3 minit berlalu..
Satu soalan hampir siap.

"Han, HEA nak jumpa awak kat office."
Han angkat wajah memandang lelaki dewasa tersebut. Menung melihat ke dalam matanya.
Pointer kali ini atas 7. Kenapa panggil? Kali ini tak da C. Wait--

Wajah beler Han bertukar serius. Berkerut dahi luasnya. Pen biru dakwat basah jenama FB terjatuh daripada tangan. Kakinya menggigil lemah. Barang barang dikemas. Fail english diambil daripada kelas. Harini kelas luar biasa ramainya. Ada kurang lebih 56 orang dalam satu bilik ini. Mata-mata yang mengekorinya sepanjang dia melangkah keluar kelas diendahkan.

Pandangannya kosong. Kaki lemah melangkah ke  dalam pejabat. HEA.

"Han, sini." HEA di hadapannya mendepangkan tangan sebaik sahaja pintu kaunter pejabat dibuka. Drama. Han melangkah perlahan dan wajahnya makin mengendur pada setiap langkah dia menuju ke arah HEA.

"Dah tahu kan?"
Perlahan angguk.
Meletakkan tangannya di atas bahu Han. Wajah Han yang kurang ekspresi kini dibasahi sungai air mata pula.

Seminit dalam pelukan HEA-nya. Suasana belakang kaunter terasa sunyi walaupun pekerja di hadapan kaunter sibuk berbual antara mereka.

Kuatnya aircond. Han berbisik di hatinya. Pendingin hawa yang terpasang di seluruh kawasan dalaman pejabat pentadbiran semakin garang pula bunyinya hari ini.

"Takpe. Pak cik orang baik. Dah sayang, kemas barang nanti KW hantar balik melaka. Ayah sibuk uruskan."



0 ulasan: