Kudus (inspirasi lagu Clean)
Terik mentari
membunuh hidup-hidup
Janji dan nyawa
kita semai bersama
Mencari cari
sumber penerus hidup
Yang telah kau
bawa pergi jauh.
Langkah engkau
telah hilang,
Namun bayang kau
masih menari lincah dalam ruangan in
Dia jembalang
yang tiada
Mahu meninggalkan
tuan.
Kepulan gelap
tebal berarak pantas daripada timur
Perlahan rintik
hujan masa lampau aku biar membasahi seluruhnya
Hujan dalam kemarau
rindu.
Ini pasti
anugerah tuhan.
Tanpa sedar hujan
banganti banjir
Dan aku lemas
dalam limpahan anugerah tuhan
Jembalang yang
asyik dalam tarian perlahan pergi dibawa banjir
Meninggalkan aku
lemas sendiri.
Tiada yang
memandang sipi walau dalam teriak agresif
Kini aku sendiri
lencun lemas berdiri
Lemas menolak aku
berdiri,
Kemarau menarik
aku rebah.
Banjir yang surut
membawa deras pergi masa lalu,
Meninggalkan aku
yang telah kudus
Ruang sepi dan
aman
Yang pernah bingit dengan tangis sendiri.
2331 // 19022023
Izella
0 ulasan:
Catat Ulasan